BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan Latin dimana “sosio” bermaksud “berkongsi”.Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Terdapat banyak tokoh yang memberikan pengertian 'Sosiologi' ini. Sebagai contoh, Vander Zander (1996) menyatakan bahawa sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Selain itu, Menurut Jary & Jary (1995), sosiologi ialah satu kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat,bentuk organisasi, dll. Manakala Max Waber pula berpendapat bahawa sisiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang tindakan sosial atau perilaku-perilaku manusia. Kesimpulannya, menurut Amir Hasan (2002), sosiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
Antara tokoh-tokoh sosiologi ialah:
·           
o        Ibnu Khaldun (1332-1406) : Sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memilikinya objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia.
o      Auguste Comte (1798-1857) : Ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding ilmu sains yang lain.
o         Karl Marx (1818-1883) : Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
o       Emile Durkheim (1858-1917) : Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji memfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda.
o        Max Waber (1864-1920) : Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial.
o         George Herbert (1863- 1931) : Interaksi antara individu adalah sangat penting.
o   Terdapat tiga teori utama dalam sosiologi dan pembelajaran ini iaitu
o         Teori Fungsionalisme
o        Teori Interaksionalisme
o        Teori Konflik

Teori Fungsionalisme

o   Teori Fungsionalisme ini dipelopori oleh Aguste Comte (1798-1857). 
o   Dalam teori Fungsionalisme ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. 
o   Seterusnya, Aguste Comte menyatakan bahawa masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri iaitu mempunyai tujuan dan keperluan tertentu. 
o   Tujuan teori Fungsionalisme adalah untuk memenuhi kepelbagaian dalam keperluan masyarakat.

Teori Interaksionalisme

o   Teori Interaksionalisme dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). 
o   Teori Interaksionalisme ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. 
o   Teori ini juga mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. 
o   Antara kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaanya ialah makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan di antara masyarakat bertambah mesra dan makna adalah sesuatu yang dirundingkan oleh manusia dapat membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks. 
o   Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. 
o   Selain itu, manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Akhir sekali, jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.

Teori Konflik

o   Teori Konflik ini dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). 
o   Teori Konflik ini menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. 
o   Teori ini juga mengkaji tentang konflik-konflik yang berlaku dalam struktur masyarakat dan mengkritik kapitalisme. 
o   Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), kapitalisme ialah system ekonomi dan politik yang pemilikan harta benda, industri dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pada sektor swasta daripada kerajaan dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu sama lain untuk membuat keuntungan. 
   
Secara rumusnya, sosiologi sangat berkait rapat dengan struktur masyarakat. Oleh itu, para pendidik mesti mengetahui tentang sosiologi kerana para pendidik ini semestinya berkhidmat dalam bidang pendidikan yang dikelilingi oleh masyarakat. Dengan adanya sosiologi pembelajaran, segala pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.


Comments

Popular Posts