BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
6.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Di dalam pengurusan bilik darjah terdapat elemen-elemen penting iaitu aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, penyediaan bahan, pusat pembelajaran dan juga pengurusan sumber.
- Pada abad ke-21, susunan persekitaran fizikal disusun mengikut secara berkumpulan kerana ianya berpusatkan murid. Seterusnya ialah menguruskan tingkah laku pelajar. Setiap guru mestilah bijak menyusun strategi dalam menguruskan tingkah laku pelajar yang mempunyai pelbagai tingkah laku. Selain itu, menguruskan proses pembelajaran juga merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru hendaklah memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
- PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.
Comments
Post a Comment