BAB 10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
BAB 10:PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
PENGENALAN
Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kamus
Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan,
mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson
dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat
baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
ISI PENTING
Dalam tajuk ini saya dapat memahami tentang ciri-ciri
penasihatan. Penasihatan ini berfokus
kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang
bermasalah. Penasihatan ini berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang
dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah
lebih berpengalaman, banyak pengetahuan
dan pengiktirafan. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang ciri-ciri
pelajar yang perlu diberi kauseling dan bimbingan. Antara ciri-ciri pelajar
yang saya dapat ialah pelajar yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi
dan masalah disiplin. Pelajar-pelajar yang memenuhi ciri-ciri diatas hendaklah
diberikan kaunseling dengan atau tanpa ada kerelaan. Selain itu, saya juga
dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai proses bimbingan dan penasihatan
melalui tajuk ini. Untuk menghadiri sesi kauseling dan bimbingan ini, terdapat
tiga cara. Cara yang pertama ialah secara sukarela. Kedua, melalui rujukan yang
dibuat oleh pihak HEM. Seterusnya yang ketiga ialah dijemput dengan dihantar
surat bagi menghadiri sesi tersebut.
RUMUSAN
Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah
strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat
Kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan,
mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang
pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan
klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak. Ciri-ciri penasihatan
berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri
individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang
dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah
lebih berpengalaman, banyak pengetahuan
dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan
jika nasihat itu meninggalkan kesan. Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling
dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan
dijemput (dihantar surat bagi menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri
pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai
masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar
asrama). Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling.
Melalui bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh ; masalah
pembelajaran. Manakala melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati
diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini
menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.
Comments
Post a Comment