BAB 5: PENGURUSAN MURID

BAB 5: PENGURUSAN MURID



Isu yang berbangkit ialah seorang pelajar cemerlang SPM iaitu, Nurul Syuhada yang dikatakan tidak boleh menduduki peperiksaan kerana tiada kad pengenalan. Hal ini telah menjejaskan imej dan reputasi sekolah termasuk pengetua sekolah tersebut. Walhal, pihak sekolah telah memberi kenyataan bahawa isu kad pengenalan tidak timbul dan sebenarnya nama pelajar ini sudah didaftarkan dan diperakui pada Mac lalu, malah pengurusan sekolah tidak pernah melarang atau menghalang pelajar ini mengambil SPM.

Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid ialah proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan dalam pengurusan organisasi. Data murid akan di disimpan di SSDM. Antara aspek penting yang terdiri dalam pengurusan murid ini ialah mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan murid.

Antara tujuan mengurus rekod murid ialah memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah. Seterusnya, ialah mengemas kini profil murid, mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Selain itu, tujuan mengurus rekod murid ialah ingin mempunyai maklumat murid yang lengkap mengenai hal-hal yang bermasalah dan menyelesaikan masalah murid.

Comments

Popular Posts