BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENGENALAN
Pengurusan mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid
amatlah dititikberatkan. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan
yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih
dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa,
umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan
pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan
sudutsudut pembelajaran dan bacaan.
ISI PENTING
Terdapat beberapa isi utama bagi tajuk ini iaitu pendekatan
pelajar sebagai individu, pendekatan
kurikulum dan pendekatan pelajar berasaskan ciri - ciri individu. Bagi isi
yang pertama iaitu pendekatan pelajar sebagai
individu, menekankan perbezaan pelajar
berdasarkan ciri - ciri individu seperti kecacatan, latar belakang
sosial, sifat - sifat psikologi. Guru memupuk pelajar seolah - olah semuanya
sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama.
Hakikatnya pelajar adalah sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran
dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Selain itu, pendekatan kurikulum
amatlah penting bagi para pelajar. Hal ini, menekankan perbezaan pelajar
berdasarkan tugas dan aktiviti yang disediakan untuk pelajar dan keadaan yang
diwujudkan di bilik darjah. Guru harus memberi perhatian kepada semua pelajar dan tidak hanya kepada pelajar yang
dikenal pasti sebagai khas sahaja. Oleh itu, Kesukaran pembelajaran dalam
kalangan pelajar boleh dicetuskan oleh guru dan seterusnya boleh dielakkan. Pendekatam pelajar
berasaskan ciri - ciri individu juga antara isi utama yang paling penting. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan
budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan
sebagainya. Walhal, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat.
Isu kepelbagaian budaya murid seperti bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk,
penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan
menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh
semua bakal guru.
RUMUSAN
Tuntasnya, kepelbagaian budaya dalam kalangan murid amatlah
dititikberatkan. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik
untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti
kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian,
kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum
pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya
ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu
yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudutsudut pembelajaran dan
bacaan
Comments
Post a Comment