BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Organisasi merupakan suatu institusi yang dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah untuk mencapai matlamat manakala kepimpinan pula didefinisikan sebagai proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi. Menurut Leithwood & Janti (1999), kepimpinan merupakan keupayaan merupakan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai-nilai ahli dalam kumpulannya. Terdapat 4 gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Antaranya ialah gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez faire dan kontigensi.



Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

Bagi gaya kepimpinan demokratik ialah gaya kepimpinan yang bersifat memberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Kebiasaanya, pemimpin yang memilih gaya kepimpinan ini bersifat terbuka dan pemimpin ini menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasi. Sekiranya, seorang guru menggunakan gaya kepimpinan di dalam bilik darjah ianya akan membuatkan pelajar-pelajar untuk turut melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan bercorak laissez-faire melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin  sedemikian  biasanya  memberi  kebebasan kepada  pekerja  untuk  menentukan matlamat  mereka  tersendiri  serta  cara-cara  mencapainya. Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000).

Gaya kepimpinan kontegensi ialah gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut situasi dan keadaan. Gaya kepimpinan ini bersifat memberi ganjaran dan hukuman. Setiap guru disarankan untuk menggunakan gaya kepimpinan kontigensi ini apabila berada dalam bilik darjah. Hal ini kerana, guru boleh menggunakan pengaruh sama ada dalam tugasan berkumpulan mahupun individu.

Comments

Popular Posts