BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
BAB 13 : PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
1.
Pendahuluan
Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan tentang
keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan
teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang
ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih
banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara
efektif.
Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya
sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan daripada keluarga
bermasalah. Kita juga menyedari
faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang
mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid
sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat.
Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan
kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus
bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.
Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan
baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah
dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di
sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab
mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan
demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden
negatif di kalangan murid. Manakala di
rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang
diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang
lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang
cemerlang.
2. Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara
berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
3. Objektif
i. Meningkatkan
kefahaman mengenai tatacara dalam
menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
ii. Meningkatkan
kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti sekolah.
iii. Mewujudkan
persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan
menyeronokkan.
iv. Memastikan hak
setiap individu warga sekolah dipertahan
dan dijaga.
v. Meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
vi. Menyediakan
panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
vii. Mewujudkan
persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
viii. Meningkatkan
tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja
di kalangan warga sekolah.
ix. Menimbulkan
rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
4. Rasional
i. Dalam banyak
keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang
dijadikan asas utama pertimbangan.
ii. Warga sekolah
dewasa ini terdedah dengan isu-isu
keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang
berterusan perlu diwujudkan.
iii. Kurang
mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan.
iv. Keupayaan
sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti.
5. Definisi
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah
yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada
mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.
6.
ElemenPerancangan Sekolah Selamat
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai
pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira
dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan
mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini
dengan lebih berkesan.
i. Kesedaran
awam atau komuniti.
ii. Penekanan
kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum.
iii. Peraturan
sekolah.
iv. Pengurusan
bencana alam dan kecemasan.
v. Kehadiran
warga sekolah.
vi. Membasmi
ponteng.
vii. Pencegahan
dadah, rokok dan arak.
viii. Perkongsian
bijak dengan agensi luar.
ix. Kesedaran
sosial dan budaya.
x. Kepimpinan
murid.
xi. Penglibatan
keluarga dan komuniti.
xii. Program khas
bersama komuniti.
xiii.
Pencegahan jenayah melalui pelan
reka bentuk bangunan sekolah yang selamat.
xiv. Aktiviti
kokurikulum dan rekreasi.
xv. Perkongsian
bijak dengan pihak berkuasa tempatan.
xvi. Mengenal pasti
latar belakang warga sekolah.
xvii. Pembangunan
staf.
xviii. Kawalan
keselamatan sekolah.
xix. Khidmat
kemasyarakatan.
xx. Perkongsian
bijak bersama korporat.
xxi. Perkongsian
bijak dengan media.
xxii. Perkhidmatan
kesihatan sekolah.
xxiii. Pengangkutan.
xxiv. Perundangan.
xxv. Penilaian dan
pemantauan.
7.
Perancangan
Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi
peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca
strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan
Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat
(JKSS) yang keahliannya terdiri daripada
wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
7.1
Cadangan Keahlian Jawatankuasa
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Naib Pengerusi
: Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Setiausaha : KaunselorSekolah/Guru Bimbingan
Ahli-ahli : Wakil ibu bapa
Wakil guru
Wakil murid
Polis
JKKK/Rukun Tetangga
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Majlis Juvana
Wakil Persatuan Belia
Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan
Bomba
Penghulu/Ketua Kampung
Majlis Perbandaran/Daerah
NGO
yang releven
Individu yang boleh menyumbang
7.2
Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat
· Menyediakan kod
etika dan tanggungjawab semua warga sekolah
· Menyediakan kod
etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga)
· Mempromosi secara
aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat
· Mendidik dan
melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan
yang ada
· Memastikan wujud
kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat
· Melaksana, menilai
dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa
ke semasa
7.3 Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan
masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang
boleh dilakukan adalah seperti berikut :-
7.3.1 Peranan
Sekolah:
i. Mewujudkan
Jawatankuasa Sekolah Selamat.
ii. Menyediakan
Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah
dan ibu bapa/penjaga.
iii.
Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan
tegas.
iv. Memberi
penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan.
v. Membantu
mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat.
vi. Membantu
menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
vii. Mewujudkan
pelan pengurusan krisis.
viii. Mengenal
amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.
ix. Mewujudkan
persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
x. Memasukkan
unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
xi. Menggalakkan
murid melaporkan sebarang kes yang
berkaitan dengan keselamatan.
xii. Merekodkan
semua peristiwa mengenai keselamatan.
7.3.2 Peranan Komuniti :
i. Melibatkan
semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat
selamat.
ii. Menyokong
semua polisi dan peraturan sekolah.
iii. Memberi
sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan
sekolah.
iv. Menerapkan
nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama.
v. Menyokong dan
menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan.
vi. Membantu
bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah.
vii. Melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti sekolah.
viii. Menyatakan had-had
tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti.
ix. Mewujudkan
sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
x. Merapatkan
jurang golongan muda dengan warga tua.
7.3.3 Peranan
Keluarga
i. Menyokong
semua polisi dan peraturan sekolah.
ii. Melibatkan
diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.
iii. Memperkukuh
nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak.
iv. Kerap
berkomunikasi dengan anak-anak.
v. Mengenali
rakan anak -anak.
vi. Bekerjasama
dengan ibu bapa lain.
vii. Menjadi ahli
dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan.
viii. Mendidik
anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.
8. Harapan
dan Tanggungjawab Sekolah Selamat
8.1 Harapan
i. Bebas
daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.
ii. Keselamatan
harta benda terjamin.
iii. Orang lain
bersikap positif terhadap kebolehannya.
iv. Mendapat
kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.
v. Tidak
dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi
dan jantina.
vi. Dilayan secara
adil dan saksama.
vii. Dihormati dan
dihargai.
viii. Bebas daripada
sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.
8.2
Tanggungjawab
Di Sekolah
Selamat seseorang itu seharusnya
i. Bebas
daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina.
ii. Bersikap
positif terhadap orang lain.
iii. Menghargai
perbezaan yang wujud.
iv. Bersikap dan
bertindak adil.
v. Memberi
kerjasama dan bantu membantu.
vi. Mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan.
vii. Elakkan
sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa
dihalang.
viii. Datang ke
sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas.
ix. Jangan
mendera fizikal, mental dan emosi.
x. Melaporkan
setiap kes.
9. Tatacara
Pengurusan Polisi Sekolah Selamat
Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani
sebarang isu keselamatan
9.1.
Prinsip
i. Setiap
aduan hendaklah diambil perhatian serius.
ii. Setiap
aduan hendaklah diambil tindakan serta merta.
iii. Perasaan setiap
orang yang terlibat harus diambil kira.
iv. Semua pihak
yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada
pihak yang teraniaya.
v. Sesuatu kes
tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima
semula oleh warga sekolah.
vi. Maklumat
tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.
vii. Tatacara
seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.
9.2 Tatacara Membuat
Aduan
Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga
atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :-
i. Berbincang
terus dengan pihak yang terlibat.
ii. Dapatkan
khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor.
iii. Berjumpa
dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu
disiasat. Jika aduan itu terbukti,
hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.
10. Penutup
Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula
menular ke dalam sekolah maka tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk
pembelajaran menjadi bertambah sukar.
Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua
pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah
di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai
tempat mendidik serta menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.
Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat,
takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak
menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini
menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta
penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita
tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek
keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan
iklim sekolah yang tidak kondusif.
Comments
Post a Comment