BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang
diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.
Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program
pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri
merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan
murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu
pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar
murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang
sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini
memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan,
pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan
diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk
memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk
belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya.
Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori
yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif,
sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar
cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
Pengurusan Murid
untuk Pemulihan dan Pengayaan
Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih”
bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala
“pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan
kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku
Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011),
pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M.
Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah
tersebut dapat dikesan.
Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah
dengan langkah-langkah yang sewajarnya.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program
pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu
untuk membantu mereka meguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan
Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan
Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011),
murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran
dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan
kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini
bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam
sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya
ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama
dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
Pengayaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya”
pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang.
Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan)
menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata.. Pengayaan ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti
pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat
sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana
cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan
merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah
pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi
berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid
menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak
program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa
memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna,
program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari
segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang
peemikiran murid.
Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan
mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan
berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan
diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada
aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan
menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam
kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam
bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi
daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip
perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang
bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja,
menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat
kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta
melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering
digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran
kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan
ini haruslah mengendungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah
difahami oleh murid.
Comments
Post a Comment