BAB 2 INTEGRASI DAN PEMBELAJARAN
BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi merupakan elemen yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru hendaklah menggunakan interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana interaksi itulah yang menyumbang kepada matlamat pembelajaran tercapai. Interaksi dalam bilik darjah dapat didefinisikan sebagai suatu tindakan yang berlaku sekurang-kurangnya dua pihak atau lebih. Semasa interaksi dalam bilik darjah berlaku pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan lain sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya para pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran.
lApa maksud INTERAKSI ?
-Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain
-Tindak balas antara dua pihak atau lebih.
lBerinteraksi: bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain (Kamus Dewan Edisi 2)
Antara jenis interaksi yang dapat digunakan oleh para guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah
- interaksi sehala
- interaksi dua hala
- interaksi kumpulan.
1. Interaksi Sehala
Interaksi sehala merupakan kaedah mengajar cara lama dan interaksi sehala ini tidak dapat mengembangkan pemikiran pelajar. Hal ini kerana, interaksi sehala ini hanya melibatkan interaksi daripada guru sahaja dan para pelajar tidak sama sekali. Pelajar juga dipaksa utk menerima apa shj ilmu pengetahuan yg diberikan guru. Oleh itu, guru jenis ini akan amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain.
2.0 Interaksi Dua Hala
Seterusnya ialah interaksi dua hala. Interaksi dua hala merupakan interaksi di antara guru dengan murid. Namun, interaksi dua hala juga boleh berlaku di antara murid dengan murid. Jika interaksi dua hala ini digunakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi aktif kerana perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat wujudnya komunikasi terbuka dalam bilik darjah. Interasksi dua hala ini dapat menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aktiviti soal-menyoal akan membuatkan murid-murid bersedia untuk menyuarakan pendapat mereka.
3.0 Interaksi Kumpulan
Selain itu, terdapat juga interaksi dalam kumpulan serta interaksi antara kumpulan. Interaksi dalam kumpulan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif para murid dalam PdPc. Interaksi ini mewujudkan kerja berkumpulan supaya murid dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam perbincangan. Interaksi seperti ini mampu memupuk nilai-nilai positif kepada murid-murid seperti bekerjasama, menghormati, toleransi dan juga perpaduan. Guru pula berperanan sebagai pemudah cara sahaja dalam interaksi dalam kumpulan. Murid-murid yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk menanyakan soalan atau menyuarakan pendapat mampu untuk menghalang perasaan tersebut kerana mendapat galakan daripada ahli kumpulan dan juga guru. Sesi sumbang saran ini mampu menjana idea yang berkualiti daripada murid-murid. Manakala interaksi antara kumpulan pula, menggalakkan murid-murid untuk berbincang dalam kumpulan dengan kumpulan yang lain. Selepas berbincang, murid-murid dapat melakukan pembentangan dan aktiviti ini menyebabkan pertukaran idea akan berlaku serta sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
INTERAKSI SOSIAL
Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan (behaviour) dalam sesuatu komuniti.
Kamus Dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.Namun dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum antara pelajar. Strategi pembelajaran koperatif sgt sesuai utk wujudkan interaksi sosial.
1. Interaksi Berkesan
- Bagi memastikan interaksi dalam bilik darjah itu berkesan, ianya akan berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk memastikan interaksi berkesan iaitu bersikap positif dan percaya kepada pelajar, bersifat ramah mesra, hormat kepada pandangan dan pendapat pelajar dan menggunakan Bahasa yang mudah difahami.
Komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat kepada sumber penerima maklumat dengan menggunakan satu bahasa. Antara bentuk komunikasi ialah lisan (bahasa, intonasi suara dan dialek). Seterusnya ialah tanpa lisan yang menggunakan isyarat gerak badan. Persuratan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi. Akhir sekali ialah visual.
Tahap Komunikasi
1. Komunikasi Intraperibadi (intrapersonal communication)
2. Komunikasi Antara Peribadi (interpersonal communication)
3. Komunikasi Kumpulan Kecil
4. Komunikasi Kumpulan Besar
5. Komunikasi Keorganisasian + komunikasi antaraperibadi
Halangan Komunikasi
- Suasana persekitaran
- Jarak
- bahasa tidak jelas
- Persepsi
- Emosi
- Komunikasi lisan dan bukan lisan tidak selari
- kekurangan kemahiran menulis
- kekurangan kemahiran mendengar
- kurang persefahaman
Kemahiran Komunikasi Berkesan
- Kemahiran tingkah laku
- Kemahiran memberi perhatian
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran pemerhatian
- Kemahiran mengemukakan soalan
- Kemahiran memberi refleksi perasaan
- Kemahiran memberi maklum balas
Secara rumusnya, interaksi dan pembelajaran ini merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam pengurusan pembelajaran. Setiap guru mestilah menggunakan interaksi yang sesuai dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan interaksi yang tepat akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Comments
Post a Comment