BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMEBELAJARAN
BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Definisi pengurusan ialah proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984).
Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan ialah aktiviti sistematik bagi mencari
jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah
dikenal pasti. Di samping itu, pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber
seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai
matlamat organisasi (Shukur,1988).
Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik
darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif,
mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri
murid (Burden 2003). Selain itu, usaha mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan
mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran (Ang Jit Eng 2014). Sekolah merupakan organisasi yang unik dan
tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989).Keunikan ini
memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh
pengurus organisasi lain. 3. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini
paling sukar ditadbir ialah sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia.
Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait
dengan manusia. Kumpulan sasaran manusia ialah kanak-kanak dan remaja yang
kompleks dalam tempoh perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Matlamat
utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan
pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal
insan atau aset utama sesebuah negara.
Pembelajaran ialah perubahan atau kemampuan seseorang yang
dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan (Gagne 1970). Menurut
Morgan & King (1975), pembelajaran merupakan sebarang perubahan tingkah
laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau
akibat latihan yang dijalaninya. Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman
menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk
1995). Di samping itu, pembelajaran juga ialah perubahan sistematik dalam
tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman
dalam situasi yang tertentu (Bigge 1982).
Comments
Post a Comment