BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN


BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

ISI PENTING
Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta  berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah adalah satu set  peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru sebagai guru disiplin. Walaupun seseorang guru itu tidak menggalas jawatan sebagai seorang guru disiplin mereka juga hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Semua guru memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin yang baik. Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini  bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini juga dapat mengelakkan para  pelajar supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

RUMUSAN
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada  peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar  pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara  paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka. Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh  berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun  peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri  pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri. Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang  baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi  pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju  bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu,  pelajar bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti kokurikulum untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk disiplin pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas  pelajarpelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan rotan sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi peraturan menggantung pelajar daripada persekolahan apabila mereka didapati bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

Comments

Popular Posts